Nota-nota penting untuk permohonan Zakat adalah seperti berikut:
- Kesemua dokumen hendaklah disahkan terlebih dahulu.
- Permohonan dibuka sepanjang sesi pengajian.
- Semua permohonan perlu melalui sesi temu bual dengan pegawai Unit Kebajikan bagi melancarkan proses permohonan.
- Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan disokong oleh Pengetua DPP masing-masing sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.
- Bantuan zakat hanya ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai pendapatan isi rumah tidak lebih dari RM3,000.
- Permohonan dibuat atas dasar benar-benar memerlukan bantuan sahaja.